Selasa, 18 Februari 2020 | 4:10pm
JENAZAH Allahyarham Ashraf Sinclair diiringi oleh ahli keluarga ke San Diego Hills. - Foto KOMPAS.com
JENAZAH Allahyarham Ashraf Sinclair diiringi oleh ahli keluarga ke San Diego Hills. - Foto KOMPAS.com

Jenazah Ashraf dibawa ke San Diego Hills

JAKARTA: Jenazah pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair, 41, dibawa ke tanah perkuburan di San Diego Hills, Karawang, Jawa barat kira-kira jam 2.02 petang ini.

Pelakon filem Gol & Gincu itu dibawa menggunakan van jenazah dari rumah mayat di kawasan Pejaten Barat, Pasar Minggu. Beberapa kenderaan termasuk empat bas yang dipercayai membawa ahli keluarganya turut mengiringi perjalanannya ke tanah perkuburan.

Portal berita KOMPAS.com melaporkan jambangan bunga di hadapan rumah mayat menambahkan suasana sedih pada saat ini.

Terlihat banyak jambangan bunga daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan teman-teman artis.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada jam jam 4.15 pagi tadi waktu tempatan (5.15 pagi waktu Malaysia) akibat serangan jantung, dijangka dikebumikan di San Diego Hills, Memorial Park, Karawang pada petang ini. - AGENSI

Berita Harian X