Selasa, 26 November 2019 | 1:01pm
ANAK pelawak, Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pagi tadi. - Foto Instagram Ali Puteh
ANAK pelawak, Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pagi tadi. - Foto Instagram Ali Puteh
ALI berkongsi gambar bersama anaknya di laman sosial, semalam, sebelum si kecil menjalani pembedahan, baru-baru ini. - Foto Instagram Ali Puteh
ALI berkongsi gambar bersama anaknya di laman sosial, semalam, sebelum si kecil menjalani pembedahan, baru-baru ini. - Foto Instagram Ali Puteh

Anak Ali Puteh meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Anak kedua pelawak, Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan berita sedih kehilangan bayinya yang berusia tiga bulan lebih itu menerusi Instagram.

"Salam semua... Hendak bagitau kepada semua, anak saya Sharifah Nur Ainul Mardhiah sudah kembali kepada Pencipta-Nya. Sedekahkan Al-Fatihah buat anak syurga ini.

"Tunggu walid dan ibu di sana. Tidurlah sayang, rehatlah sayang. Syurga tempat kamu sayang. Allahuakbar," katanya menerusi perkongsian di laman sosial berkenaan, sebentar tadi.

Terdahulu, bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu itu dikesan berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Menerusi Instagram isterinya, Melati Fitri Abdullah, Ainul selamat menjalani pembedahan seperti dijadualkan di Hospital Serdang pada 11 November lalu.

Begitupun, minggu lalu, Melati memaklumkan, keadaan bayi mereka agak kritikal apabila berdepan masalah pada paru-parunya hingga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Ali daripada kumpulan lawak Puteh dan Melati dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X