Khamis, 25 Julai 2019 | 5:38pm
SYAFIQ tidak mahu kisah cintanya dengan Mimi Lana terlalu digembar-gemburkan. Foto Nur Adibah Ahmad Izam
SYAFIQ tidak mahu kisah cintanya dengan Mimi Lana terlalu digembar-gemburkan. Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Syafiq 'tutup' kisah peribadi

SUBANG JAYA: Pelakon, Syafiq Kyle, berharap semua pihak menghormati ruang peribadinya dan memohon tidak didesak untuk terus berkongsi kisah cintanya dengan Mimi Lana.

Syafiq berkata, bukan mudah untuk dia membuka mulut dan berkongsi mengenai hubungan cinta mereka, meskipun akur, kehidupan peribadinya turut diintai apabila menjadi anak seni.

“Bukan mudah untuk saya membuka lapisan kisah peribadi kepada umum dan apabila membuat keputusan berkongsi, saya berharap tidak berterusan diajukan pertanyaan sama.

“Saya tahu, di luar sana ramai yang inginkan kepastian mengenai hubungan kami, jadi saya tidak kisah berkongsi perkara sebenar. Cuma, saya berharap diberikan sedikit ruang privasi kerana seboleh mungkin, saya tidak mahu hal peribadi dicampuradukkan dengan kerjaya.

“Saya berharap, permintaan saya ini dihormati semua pihak,” kata pelakon drama rantaian popular, Nur yang ditemui pada majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo, di sini, semalam.

Bercerita perkembangan kerjaya, Syafiq berkata, dia bakal beraksi di pentas teater menjayakan naskhah arahan Erma Fatima.

“Saya dan Janna Nick bakal bergandingan di pentas teater pada bulan depan. Tidak sabar rasanya mahu mencuba sesuatu yang baharu, malah ia juga memberikan saya peluang memperluaskan portfolio seni.

“Sudah lama saya menyimpan impian untuk berlakon teater kerana ingin mencari pengalaman berbeza. Apabila Erma memberikan tawaran, saya terus terima tanpa berfikir panjang,” kata Syafiq.

Berita Harian X