Rabu, 27 Februari 2019 | 2:08pm
Janna mempunyai hubungan rapat dengan Sheila, suami dan anak-anak mereka sebelum krisis berlaku. Foto IG Sheila Rusly
Janna mempunyai hubungan rapat dengan Sheila, suami dan anak-anak mereka sebelum krisis berlaku. Foto IG Sheila Rusly

'Sis maafkan tapi...'

KUALA LUMPUR: ‘Beri sis ruang untuk ‘hadam’ semua ini.’

Begitu reaksi penerbit dan pengarah drama, Sheila Rusly mengulas permohonan maaf anak didiknya, Janna Nick atas kontroversi yang berlaku antara mereka, sejak beberapa minggu lalu.

Mengaku memaafkan Janna atas kesilapan dirinya, Sheila memberitahu, punca perselisihan faham antara mereka bagaimanapun terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

“Alhamdulillah... Dia sudah sedar kesilapannya.

“Saya sudah memaafkan Janna tetapi beri masa kepada saya untuk ‘hadam’ apa yang berlaku. Ini bukan saja membabitkan saya, sebaliknya, suami dan anak-anak terpalit sama.

“Hal keluarga ini terlalu peribadi untuk dikongsikan. Apa yang penting, punca salah faham ini tidak ada kena mengena dengan drama bersiri Leftenan Zana,” katanya kepada BH Online.

Semalam, Janna atau nama penuhnya, Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf secara terbuka kepada Sheila dan keluarga jika perbuatan dan kata-katanya selama ini. mengguris hati.

Sebagai anak didik kepada Sheila dan suaminya, Janna mahu hubungan akrab antara mereka pulih semula.

Sebelum ini, ramai menyedari keakraban Janna dan Sheila berikutan sering bekerjasama dalam pelbagai projek.

Namun, ramai pemerhati dunia hiburan membuat andaian mereka tidak lagi rapat selepas Sheila memuat naik foto mempromosikan drama bersiri, Leftenan Zana, yang turut dibintangi aktres muda itu.

Berita Harian X