Isnin, 24 September 2018 | 8:53am
SHARIFAH Sakinah. - Foto Aswadi Alias
SHARIFAH Sakinah. - Foto Aswadi Alias

'Nak cakap ke tak?'

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah sedang dalam dilema apabila menyedari pembantu rumahnya perokok.

Berkongsi kerisauan dengan netizen, Sakinah tidak tahu reaksi yang mahu ditunjukkan kepada pengasuh terbabit termasuk apakah dia patut marah.

“Okay, saya baru mendapat tahu pembantu rumah saya perokok... Saya tak tahu nak buat apa.

“Sudah terlambat untuk mencari pembantu baharu... Adakah saya patut biarkan saja atau beri amaran?” tanya Sakinah kepada pengikut Instagram.

Menjelaskan situasi dihadapi, Sakinah berkata, dia risau andai diberi amaran, pembantu rumah akan bertindak balas dengan melakukan perkara tidak diingini terutama kepada anaknya.

“Saya risau jika saya tiada di rumah, anak saya, Anais yang menjadi mangsa.

“Buat masa ini, saya tahu dia (pembantu rumah) tidak akan merokok di depan Anais, tetapi saya masih risau,” katanya.

Prihatin atas masalah dihadapi Sakinah, netizen turut memberi pendapat masing-masing.

Ada yang meminta Sakinah mendapatkan khidmat pembantu rumah lain biarpun kosnya mahal.

Selain itu, tidak kurang juga pengikut menasihatkan Sakinah bercakap cara baik dan meminta pembantu rumahnya berhenti merokok.

Berita Harian X