Khamis, 24 Mei 2018 | 5:01pm
 LANA Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie.
LANA Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie.
LANA bersama suami. - Foto zaidi mohama
LANA bersama suami. - Foto zaidi mohama
LANA bersama suami dan anak tersayang. - Foto zaidi mohama
LANA bersama suami dan anak tersayang. - Foto zaidi mohama

Lana Nodin hamil anak kedua

KUALA LUMPUR: Ketika usia perkahwinan genap tiga tahun, Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua, akhir tahun ini.

Teruja berkongsi perkembangan itu, Lana memberitahu, usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.

"Saya dapat tahu diri ini hamil sejak bulan pertama lagi. Cuma saya belum bersedia hendak mengumumkannya lagi.

"Saya masih dalam fasa awal trimester... Bimbang kalau jadi apa-apa," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Lana tidak pernah bercerita mengenai kehamilannya atau memuat naik status mengumumkan dirinya berbadan dua.

Ditemui pada majlis berbuka puasa dan rakaman program Pop TV sempena Ramadan, Lana berkata, dia teringin menimang anak lelaki.

"Saya harap kali ini dapat anak lelaki... Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula.

LANA Nodin hamil anak kedua.
LANA Nodin hamil anak kedua.

"Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan," katanya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkata, dia dan suami mengamalkan teknik perancangan keluarga bagi mendapatkan zuriat kedua.

"Selepas usia Gia lebih dua tahun, saya dan suami percaya ini adalah masa terbaik untuk dia mendapat adik.

"Malah, Gia seolah memahami keadaan ibunya yang sedang hamil. Bukan saya saja yang dia peluk erat, orang lain pun sama," katanya.

Berbanding kehamilan pertama, Lana mengakui alahan waktu pagi agak teruk.

"Ketika mengandungkan Gia, alahan waktu pagi tidak ketara. Kali ini, lain macam teruknya. Suami saya juga terpalit sama, mengidam mangga masam setiap hari.

"Lagak suami kali ini seolah dia yang hendak melahirkan anak kami... Dia yang muntah-muntah dan loya teruk," katanya.

Sepanjang Ramadan, jika tiada komitmen kerja dan urusan perniagaan, Lana selesa berbuka di rumah.

"Sejak mengandung saya kurang ke dapur. Sebelum ini, memang ligat saya ke dapur dan ramai tahu saya suka memasak dan berkongsi video di Instagram.

"Malah ketika hamilkan Gia, saya sebenarnya suka ke dapur. Pendek kata, serba-serbi berlawanan apabila mengandung kali kedua," katanya.

Tambah Lana, apa yang melucukan, suaminya rajin memasak sejak akhir-akhir ini.

"Apa yang lucu, semuanya terbalik sekarang... Suami pula yang rajin ke dapur. Suami yang memasak juadah berbuka.

"Lagipun, dia makan seorang, jadi dia tahu apa yang mahu dimakan. Sejak mengandung, saya kurang berselera hendak makan," katanya.

Mengenai persiapan meraikan Aidilfitri, Lana mengaku tidak teruja membuat kelengkapan awal.

"Saya fikir konsep beraya kali ini mungkin 'dua dalam satu'. Sambil beraya, beli barang keperluan anak kedua.

"Ini kerana pada 17 Jun depan, saya sekeluarga akan pulang ke Amerika Syarikat (AS). Jadi, kalau Aidilfitri jatuh pada 15 Jun, dapatlah beraya dua hari di Malaysia," katanya.

Berita Harian X