Ahad, 29 Oktober 2017 | 7:34pm
FIKRY Ibrahim

Bersyukur dapat sambung belajar kembali

KUALA LUMPUR: Bergelut antara tawaran persembahan, lakonan dan kelas dalam bidang pengiklanan, Fikry Ibrahim akhirnya menarik nafas lega apabila berjaya menyambung semula pengajian yang tertangguh di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, baru-baru ini.

Fikry mengaku terpaksa berkorban dengan memberi laluan kepada bidang seni termasuk penyertaan dalam program Lawak Solo, September tahun lalu yang menyaksikan dirinya menduduki tempat ketiga.

Selepas itu, Fikry membintangi drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) yang terus melonjakkan namanya.

Fikry yang berasal dari Kampung Napoh, Kedah, bersyukur impian menamatkan pengajian di universiti akhirnya tercapai.

"Selepas tamat penggambaran drama HCS, saya ambil masa dua minggu untuk berehat melepaskan lelah. Selepas itu, saya terima tawaran berlakon sebuah telefilem pula.

Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

"Selesai komitmen itu, saya sambung belajar. Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menamatkan pengajian... Lega rasanya," katanya kepada BH Online.

Fikry berkata,dalam tempoh menyambung semula pengajian, dia menerima tawaran membintangi drama 24 episod, Kerna Syurga Bukan Percuma yang akan disiarkan Astro Oasis mulai 6 November ini.

Tambah Fikry, dia pertama kali berlakon dengan Elfira Loy dalam drama terbabit.

"Elfira sangat 'sempoi'... Boleh tahan juga gelagatnya suka menyakat saya. Tapi dia tak lokek berkongsi ilmu atau apa saja yang diketahuinya," katanya.

Berita Harian X