Jumaat, 27 Oktober 2017 | 5:59pm
JANNA Nick dimasukkan ke hospital semalam kerana jangkitan paru-paru.
JANNA Nick dimasukkan ke hospital semalam kerana jangkitan paru-paru.
JANNA dikejarkan ke hospital apabila mengadu sukar bernafas semalam.
JANNA dikejarkan ke hospital apabila mengadu sukar bernafas semalam.

Janna masuk hospital

KUALA LUMPUR: Pelakon, Janna Nick, dimasukkan ke hospital pagi semalam kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu.

Pembantu peribadinya, Sakinah, berkata berikutan keadaan kesihatan aktres itu juga, penggambaran drama rantaian Coffee Prince terpaksa ditangguhkan.

"Janna mengadu sukar bernafas dan disahkan terkena jangkitan pada bahagian paru-parunya. Sebenarnya, dia sudah mengalami demam dan batuk selama seminggu, namun masih terikat dengan komitmen kerja.

"Malah, keadaan kesihatan Janna sepanjang minggu ini juga agak membimbangkan, sehingga produksi berhenti rehat selama dua jam untuk memberikan ruang kepadanya berehat. Mungkin apabila badan Janna lemah, dia mudah terdedah dengan kuman daripada mereka yang berada di sekelilingnya.

"Tambahan pula, ramai yang kurang sihat ketika ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Saya memohon semua pihak yang terbabit memahami keadaan kesihatan Janna yang lemah ketika ini," katanya kepada BH Online.

Sakinah turut berterima kasih kepada pihak yang mempunyai komitmen kerja bersama Janna kerana memahami keadaan duta Vivo itu.

Katanya, doktor menyarankan agar Janna, 22, menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan rehat sepenuhnya.

"Jadi, kami memohon maaf apabila dia tidak dapat menjawab sebarang panggilan buat sementara waktu," katanya.

Berita Harian X