Isnin, 7 Ogos 2017 | 1:01pm
 Pasangan pelakon, Chris Pratt dan Anna Faris.
Pasangan pelakon, Chris Pratt dan Anna Faris.

Chris Pratt, Anna Faris berpisah

LOS ANGELES: Pasangan pelakon, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan perceraian selepas lapan tahun bersama.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Pasangan Hollywood yang mempunyai seorang anak lelaki berusia lima bulan itu berkata mereka kecewa terpaksa membuat keputusan itu selepas sudah lama berusaha memulihkan hubungan.

Mereka bercinta selepas bertemu di set penggambaran filem komedi Take Me Home Tonight pada 2007. Ketika itu Faris sedang dalam proses menceraikan suami pertamanya, pelakon Ben Indra.

"Anak kami mempunyai ibu bapa yang amat menyayanginya dan kami akan pastikan keputusan ini tidak menjejaskannya. Kami masih saling menyayangi dan menghormati walaupun tidak lagi bersama," kata kenyataan itu.

Pratt, 38, popular dengan watak pemalas dalam siri komedi NBC, Parks and Recreation dan diberi watak utama selepas membintangi filem terkenal, Jurassic World dan Guardians of the Galaxy.

Bagaimanapun, Faris tidak kurang hebatnya kerana pernah membintangi beberapa filem komedi yang mencatat kejayaan besar antaranya tiga sekuel Scary Movie. - AFP

Berita Harian X