Ahad, 6 Ogos 2017 | 1:58pm

Aksi Vida hangatkan Konsert Nova

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida mencuri perhatian penonton pada Konsert Nova di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.

Berlaku secara spontan, Vida dijemput naik ke pentas oleh penyanyi sensasi Indonesia, Syahrini yang menyedari kehadiran Vida pada konsert yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia dan Indonesia itu.

"Meminati pesona Syahrini sebagai penghibur sejak dulu, saya tidak sangka dia menjemput naik ke pentas.

"Selain berhibur dengan persembahan penyanyi tempatan dan Indonesia, saya tidak sangka dapat memperkenalkan lagu I Am Me di pentas konsert.

"Saya rasa teruja dan tidak sangka Syahrini menyanyikan sedikit single pertama saya itu," katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Vida memberitahu, dia merancang 'terbang' ke Indonesia pada 9 September depan bagi bertemu peminat.

Selain Syahrini, Konsert Nova turut menampilkan Judika, Chakra Khan, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter dan Dayang Nurfaizah.

DATUK Seri Dr Hasmiza Othman dikenali sebagai Datuk Seri Vida. - Foto Nurul Shafina Jemenon
DATUK Seri Dr Hasmiza Othman dikenali sebagai Datuk Seri Vida. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Berita Harian X