Khamis, 15 September 2022 | 8:30am
Program latihan ketenteraan beri pengalaman kepada penyampai radio terpilih untuk menterjemahkan semangat patriotisme apabila kembali bertugas dengan kreativiti tersendiri.
Program latihan ketenteraan beri pengalaman kepada penyampai radio terpilih untuk menterjemahkan semangat patriotisme apabila kembali bertugas dengan kreativiti tersendiri.

49 petugas radio RTM ikuti latihan ketenteraan

KUALA LUMPUR: Empat puluh sembilan kakitangan RTM termasuk penyampai radio, penerbit program dan anggota keselamatan mengikuti latihan ketenteraan di bawah pemantauan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi mengisi acara di bawah Aspirasi Hari Malaysia 2022 yang disambut, esok.

RTM menerusi Bahagian Radio menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan mengambil inisiatif memberi latihan ketenteraan kepada petugas demi menyuburkan semangat cintakan negara.

Dilaksanakan empat hari, latihan ketenteraan yang berakhir esok dikendalikan di Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor.

Kenyataan media RTM menyebut, peserta menjalani latihan ketenteraan seperti kawad, ikhtiar hidup, latihan menembak dan tinggal dalam kem.

"Program latihan ketenteraan ini memberi pengalaman kepada penyampai radio terpilih untuk menterjemahkan semangat patriotisme apabila mereka kembali bertugas dengan kreativiti tersendiri," kata kenyataan itu.

Majlis pelancaran program latihan ketenteraan itu disempurnakan Pengarah Bahagian Program Radio, Nor'Ain Bakir dan Penolong Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan Md Othman.

Berita Harian X