Jumaat, 27 Mei 2022 | 2:05pm

Tonton perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di TV9

KHAS buat peminat bola sepak Malaysia, TV9 bakal menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa Skuad Harimau Malaya bagi persiapan untuk perlawanan kelayakan.

Acara bakal dimulakan dengan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Brunei pada Jumaat, 27 Mei 2022, jam 8:45 malam serta diikuti dengan perlawanan Malaysia lawan Hong Kong pada Jumaat minggu seterusnya, 1 Jun 2022, pada jam 8:45 malam.

Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 ini akan berlangsung bermula 8 Jun hingga 14 Jun 2022 yang membabitkan 24 negara Asia di enam negara yang menjadi tuan rumah pusingan kelayakan.

Salah satu tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini adalah Malaysia dan acara pusingan kelayakan yang membabitkan Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Juara daripada setiap kumpulan dan lima pasukan kedua terbaik akan layak bersaing di pusingan akhir Piala Asia 2023 disertai negara tuan rumah iaitu China yang bakal dilangsungkan nanti.

Skuad Harimau Malaya bakal bertanding dengan pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di dalam kumpulan pasukan E.

TV9 bakal menyiarkan kedua-dua perlawanan persahabatan serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang membabitkan pasukan tanah air. Berikut adalah jadual perlawanan;

Image

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari laman web xtra serta ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Berita Harian X