Selasa, 31 Ogos 2021 | 1:15pm

'Rumah Belanda' penuh dengan misteri gelap

DI sebalik sebuah rumah agam tersimpan 1001 misteri yang tidak terungkai. Bahkan, penduduk setempat tidak berani menghampiri rumah berkenaan kerana dianggap berhantu dan suci.

Kisah bermula apabila seorang penulis bernama Raya yang dilakonkan oleh Kelly Tandiono seorang penulis berusia 30 tahun, mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda.

Raya diminta oleh Hilda untuk menulis sebuah biografi mengenai ibunya, Aline. Hilda meminta Raya menulis biografi itu di sebuah Rumah Belanda yang pernah diduduki oleh Aline ketika kecil supaya Raya dapat lebih fokus dengan tugasan yang diberikan.

Akhirnya, Raya bersama dua anaknya Rina dan Icha berpindah ke rumah buat sementara waktu memandangkan hubungan dia dan suaminya tidak begitu baik.

Saksikan di Tonton Cinema

Image

Namun sejak berada di Rumah Belanda, Raya dan anaknya sering diganggu oleh makhluk halus. Penulisan Raya mula terganggu dan dia tidak dapat memberikan fokus.

Melalui maklumat ketua kampung, Raya akhirnya mendapat tahu mengenai sejarah gelap rumah itu.

Adakah Raya akan meninggalkan Rumah Belanda tanpa menyelesaikan penulisannya? Bagaimana pula pengakhiran hubungan Raya dengan suaminya?

Sama-sama kita saksikan kesudahan filem Rumah Belanda dengan barisan pelakon mantap Indonesia iaitu Kelly Tandiono, Agung Udijana, Grace Salsabila, Linda Nuwuire, Aida Nurmala, Atiyah Shahab, J Dania dan ramai lagi.

Filem berdurasi 1 jam 20 minit ini boleh ditonton dari rumah dengan hanya langganan serendah RM4.90 sahaja di tonton CINEMA.

Berita Harian X