Ahad, 22 March 2020 | 11:00am
Johan menyusun strategi memastikan empat saluran TV iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 menyajikan maklumat terkini COVID-19 setiap masa. Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Johan menyusun strategi memastikan empat saluran TV iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 menyajikan maklumat terkini COVID-19 setiap masa. Foto NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

COVID-19 : Stesen TV MPB siar maklumat terkini

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) sentiasa mengemaskini maklumat terkini penularan COVID-19 melalui empat saluran iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Bagi memastikan penonton tidak ketinggalan mendapatkan informasi terkini, TV3 mengemaskini maklumat melalui saluran program bual bicara seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI) dan Borak Kopitiam.

Maklumat lebih padat mengenai perkembangan COVID-19 pula disampaikan melalui Buletin Utama (BU) setiap jam 8 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, MPB juga memberi peringatan kepada penonton menerusi pesanan khidmat masyarakat (PSA), selain meningkatkan kesedaran mengenai bahaya virus berkenaan.

“Selain informasi yang disampaikan melalui program bual bicara dan saluran berita, MPB menyiarkan info grafik.

“Maklumat yang sentiasa ‘up-to-date’ juga menjadi salah satu sebab penonton sentiasa menantikan laporan terkini daripada saluran TV3, ntv, 8TV dan TV9,” katanya kepada BH Online.

Mengulas apakah program drama rantaian yang sedang disiarkan terjejas berikutan penangguhan penggambaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, Johan berkata, pihaknya membuat persediaan dengan menyusun pelbagai program menarik jika episod baharu tidak dapat disiarkan.

“Soal kesihatan menjadi keutamaan kami. Jika penggambaran tidak dapat diteruskan, kami sudah bersedia dengan susunan program menarik untuk tontonan ramai selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu rakyat duduk di rumah sepanjang masa,” katanya.

Antara program yang disusun adalah I Can See You Voice Malaysia musim ketiga, Rindu Yang Terindah mengisi slot Samarinda, Seindah 7 Warna Pelangi (Akasia), Budak Tebing (Lestary)

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • .

    Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X