Isnin, 11 November 2019 | 1:18pm
Tampil serba putih, enam gadis yang menggelarkan diri mereka, Apink menggamatkan Konsert Lazada 11.11 Supershow di PICC, Putrajaya, malam tadi. Foto NSTP Aziah Azmee

Apink, Cinta Laura Kiehl hangatkan Lazada 11.11 Super Show

PUTRAJAYA: Kemunculan kumpulan K-pop, Apink menggamatkan Konsert Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Tampil dalam segmen menutup tirai, enam gadis Apink yang mengenakan persalinan putih sedondon, mendendangkan lagu Mr Chu, I’m So Sick dan Love, sekali gus mencetuskan histeria dalam kalangan peminat.

Dihoskan Fiza Sabjahan, Haziq Hussni dan Sean Lee, pentas Lazada 11.11 Super Show bermula dengan persembahan Meer Fly diikuti Zizi Kirana dan K-Clique.

Pentas dihangatkan dengan persembahan Black, Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan Bunga. Tidak ketinggalan, sketsa mencuit hati oleh Shuk Sahar, Ebby Yus, Shiha Zikir dan Elly Mazlein.


PENYANYI, Cinta Laura pada Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC). NSTP/Aziah Azmee.

PENYANYI, Ayda Jebat pada Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC). NSTP/Aziah Azmee.

HAEL Husaini membuat persembahan pada Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC). NSTP/Aziah Azmee.

KUMPULAN K-Clique membuat persembahan pada Lazada 11.11 Super Show di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC). NSTP/Aziah Azmee.

Pelakon Fazura muncul dalam sebuah segmen tajaan Nutox bersama dua jejaka, diikuti Andi Bernadee yang mendendangkan lagu Donde. Naim pula memukau penonton dengan lagu popularnya, Sumpah.

Bagai acara besar menghimpunkan ramai selebriti, kemunculan khas bintang Indonesia, Cinta Laura Kiehl, turut mendapat sorakan penonton. Tidak hairanlah, kumpulan Hujan menukar lirik lagu Mencari Konklusi kepada nama pelakon dan penyanyi jelita itu.

Hael Husaini turut menyanyikan lagu Jampi dan Hajat mengiringi pertunjukan fesyen jenama Carlo Rino. Manakala, anggota De Fam, Sophia Liana, dan Zizi menyanyikan rap spontan untuk Touch ‘n Go E Wallet.

Tidak cukup dengan persembahan mereka, suasana digamatkan lagi dengan aksi Ayda Jebat, Siti Nordiana dan Man Bai.

Pelbagai jenama menyertai kempen Lazada 11.11, antaranya Carlo Rino, Nestle Lactogrow, Nutox, Nano White, Samsung, Touch ‘n Go, RinggitPlus, Citibank dan Photobook.

Lazada 11.11 Super Show menawarkan peluang membeli-belah dengan harga terendah di pasaran.

Layari www.lazada.com.my dan media sosial untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale dan Lazada 11.11 Super Show.

Berita Harian X