Sabtu, 26 Oktober 2019 | 8:00pm
PELAKON Brother of the Year, Sunny Suwanmethanont, antara bintang Thai yang akan memeriahkan konsert di Shah Alam, bulan depan.

Bintang Brother of the Year meriahkan konsert di Shah Alam

KUALA LUMPUR: Pelakon Thailand yang popular dengan filem Brother of the Year, Sunny Suwanmethanont, bakal memeriahkan Konsert Dimsum Thai Pop 2019, bulan depan.

Konsert julung kali dianjurkan sempena ulang tahun ketiga platform penstriman, Dimsum, itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen IDEAL, Shah Alam, 10 November ini.

Selain dirinya, konsert terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan 9BY9 yang terdiri daripada Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut.

Artis lain yang juga akan menghangatkan acara ialah Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichapat Chatchaipholrat.

Nama Sunny kembali menjadi sebutan selepas drama terbarunya, My Ambulance, meraih tontonan ramai di platform penstriman berkenaan.

Penjualan tiket dibuka sejak 19 September lalu dan ia boleh didapati menerusi laman web www.ticketcharge.com.my.

Pembeli tiket VIP pula berpeluang menyertai sesi bersalaman, selain mengambil gambar berkumpulan, sesi di belakang pentas dan mendapatkan poster bertanda tangan artis terbabit.

Berita Harian X