Selasa, 11 Disember 2018 | 10:08am

Kumpulan BLACKPINK 'gegar' Shopee Malaysia

KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan gadis K-pop, BLACKPINK pasti teruja apabila platform e-dagang, Shopee Malaysia membawa mereka datang ke Malaysia untuk menjayakan konsert sulung di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 23 Februari 2019.

Selain Kuala Lumpur, konsert Jelajah Dunia BLACKPINK 2019 bertajuk ‘In Your Area’, yang dianjurkan oleh MacpiePro, juga akan diadakan di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Anggota BLACKPINK – Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk Ddu-Du Ddu-Du, yang menduduki nombor 55 dalam carta US Billboard Hot 100 pada Jun 2018.

Mereja juga mencatat rekod apabila video muzik untuk lagu terbabit menarik 300 juta penonton dalam 69 hari, menjadikan mereka kumpulan K-pop paling cepat berbuat demikian.

Dengan pengaruh budaya K-pop yang semakin meluas di Malaysia, sudah tentu ramai bintang K-pop termasuk BLACKPINK, menjadi sebutan dalam kalangan rakyat negara ini.

Lebih menarik lagi, kumpulan ini juga dilantik sebagai duta jenama serantau Shopee, memberi lebih peluang kepada pengguna untuk menyaksikan kumpulan pujaan mereka beraksi di atas pentas.

Tiket untuk konsert jelajah dunia di Malaysia boleh dibeli menerusi Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 mulai jam 12 tengah hari, dengan diskaun 10 peratus.

Tawaran itu hanya untuk tiket Blink Zone (harga asal RM 693). Dengan tiket Blink Zone, peminat boleh terhibur dengan persembahan anggota-anggota BLACKPINK dari dekat kerana mereka akan berada betul-betul di depan pentas.

Menurut laman Facebook rasmi kumpulan itu, tiket untuk kesemua tiga persembahan termasuk persembahan tambahan di Bangkok sudah habis dijual.

Justeru, peminat BLACKPINK perlu mendapatkan tiket mereka di Shopee sebelum kehabisan!

Mereka hanya perlu ke YG Entertainment Official Store di Shopee untuk merebut peluang sekali seumur hidup ini.

Berita Harian X