
Penuntut Universiti Putra Malaysia, Amir Afiq Ahmad Zuki, 21, dari Alor Setar bersama rakan sebilik, Mhd Hazli Rosli, 21, dari Nilai mengemas baju sebagai persiapan untuk pulang ke kampung ketika tinjauan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas melalui saringan kesihatan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan bermula 27 April. - Foto Aizuddin Saad

Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Muhammad Izam Abd Aziz, 22, (kiri) bersama rakannya Muhammad Hafis Ahmad Sani, 21, (kanan) dan Ahmad Huraiah Mohd Noor, 23, (tengah) mengemas pakaian ketika membuat persiapan sebelum mendapat kebenaran untuk pulang ke kampung halaman selepas tinggal di asrama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan COVID-19 ketika tinjauan di Kolej Kediaman UMK Kampus Kota Taman Bendahara Pengkalan Chepa. - Foto BERNAMA

Sebahagian pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi wakil kepada kolej kediaman mengambil makanan berbuka puasa untuk diedarkan kepada pelajar lain susulan sebahagian besar pelajar IPT terkandas di kolej kediaman universiti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan di UPM Serdang. - Foto Aizuddin Saad

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Siti Nur Zulaikha Romzi, 21, (kiri) bersama rakannya Nurul Hidayah Karim, 21, mengemas pakaian mereka di asrama. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Tinjauan aktiviti pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ketika berada di asrama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga sehingga 28 April 2020. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Ain Syahirah Zurimi, 23, (kiri) bersama rakan serumahnya, Babbie Ayu Chong, 22, dan Nuraisyah Kamal Bashah, 21, (kanan) mula mengemas pakaian apabila mendapat tahu dibenarkan pulang ke kampung masing-masing yang berada di zon hijau selepas lebih sebulan terkandas di rumah sewa mereka di Taman Bahtera berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang melanda negara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Shah Alam, Zalina Ismail (dua dari kiri) memerhatikan proses saringan ke atas pelajar yang tiba di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Ruwaida Md Zain

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Shah Alam, Zalina Ismail ketika ditemui bersama pelajar yang akan bertolak ke Zon Utara malam ini di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Ruwaida Md Zain

Pelajar disukat suhu badan masing-masing sebelum memasuki dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Foto BERNAMA

Beg pelajar yang diletakkan secara jarak 1 meter sebelum bergerak balik ke kampung halaman masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia. - Foto BERNAMA

Sebahagian pelajar yang mendaftar di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad

Sebahagian pelajar yang terkandas mendaftar di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad

Sebahagian pelajar yang mendaftar di pusat pengumpulan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk dihantar pulang untuk Zon Utara. - NSTP/Aizuddin Saad

Proses sanitasi bas yang akan dinaiki pelajar kampus Universiti Malaya yang dijalankan oleh pasukan HAZMAT.

Sebahagian pelajar IPTA dan IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Zon Tengah yang terkandas akibat COVID-19 mendaftarkan diri di pusat pengumpulan pelajar sebelum dihantar pulang. - Foto MKN

Sebahagian pelajar IPTA dan IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Zon Tengah yang terkandas akibat COVID-19 mendaftarkan diri di pusat pengumpulan pelajar sebelum dihantar pulang. - Foto MKN

Seorang pelajar meletakkan beg pakaiannya di tempat khas ketika melakukan persiapan untuk pulang ke kampung halaman ketika tinjauan di Dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Foto BERNAMA

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad ketika membuat lawatan fasa pertama penghantaran pelajar IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad ketika membuat lawatan fasa pertama penghantaran pelajar IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan semburan cecair sanitasi ke atas beg pelajar yang akan pulang ke kampung halaman ketika tinjauan di Dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Foto BERNAMA

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada pelajar IPT Zon Tengah yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing di Dewan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Foto BERNAMA

Pelajar mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika menunggu giliran untuk menaiki bas ketika Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (berdiri depan dua, kanan) bertanyakan khabar kepada pelajar ketika hadir bagi meninjau Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (berdiri tiga, kanan) hadir bagi meninjau Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir bagi meninjau Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Kelihatan para pelajar mengamalkan penjarakan sosial 1 meter semasa beratur untuk menaiki bas ketika Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mendengar taklimat kesihatan daripada Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UMP Dr Khairul Salleh Abdul Basit ketika mengambil borang pengisytiharan kesihatan yang membolehkan pelajar pulang ke pangkuan keluarga ketika tinjauan fotoBernama di UMP Kampus Gambang. - Foto BERNAMA

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Tengah yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Pelaksanaan fasa pertama Ops Pulang membabitkan seramai 790 pelajar daripada sembilan IPT di Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya bagi perjalanan ke 17 destinasi di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. - Foto Amran Hamid

Antara pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Tengah yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown. Pelaksanaan fasa pertama Ops Pulang membabitkan 790 pelajar daripada sembilan IPT di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi perjalanan ke 17 destinasi di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. - Foto Danial Saad

Anggota polis mengambil borang maklumat diri pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Zon Tengah yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Pelaksanaan fasa pertama Ops Pulang membabitkan seramai 790 pelajar daripada sembilan IPT di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi perjalanan ke 17 destinasi di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. - Foto Amran Hamid

Para pelajar mengamalkan penjarakan sosial 1 meter semasa beratur untuk menaiki bas ketika Proses Penghantaran Pulang Pelajar IPT ke Kampung Halaman di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya. - Foto BERNAMA

Anggota Bomba membuat semburan nyah kuman pada kasut pelajar ketika menaiki bas pada tinjauan pelajar IPT dihantar pulang untuk Zon Utara di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. - Foto Aizuddin Saad

Antara pelajar UUM di Sintok, Kubang Pasu, Kedah sedang menunggu untuk menaiki bas untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing malam tadi. - Foto ihsan UUM