Rabu, 11 Mei 2022 | 11:43am
Perdana Menteri Jacinda Ardern. - Foto fail AFP
Perdana Menteri Jacinda Ardern. - Foto fail AFP

New Zealand buka sempadan antarabangsa mulai akhir Julai

WELLINGTON: New Zealand akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai 11.59 malam 31 Julai depan.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata langkah itu juga akan menyaksikan kapal persiaran dialu-alukan kembali ke pelabuhan tempatan pada hari sama.

Pembukaan sempadan pada akhir Julai adalah dua bulan lebih awal daripada jangka masa ditetapkan kerajaan, sekali gus membolehkan pelawat yang memiliki visa boleh ke negara itu.

Menerusi ucapan pada majlis makan tengah hari Business NZ di Auckland, Ardern berkata pembukaan sempadan akan membantu mengurangkan kekurangan tenaga kerja mahir dengan segera, membuka pelancongan dan meletakkan tetapan imigresen pada kedudukan lebih selamat.

"Kami sedang membina rancangan yang terbukti menjamin masa depan ekonomi New Zealand," kata Ardern. - REUTERS

Berita Harian X