Isnin, 21 March 2022 | 9:41am
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

New Zealand dibadai ribut, 4 maut

WELLINGTON: WELLINGTON: Ribut ganas melanda Pulau Utara New Zealand hari ini, meragut sekurang-kurangnya empat nyawa apabila sebuah kapal nelayan karam dan menyebabkan huru-hara di bandar terbesar di negara itu, Auckland, kata pegawai.

Empat mayat ditemui dan seorang lagi hilang selepas bot nelayan yang disewa karam di luar pantai terpencil Northland lewat Ahad, kata polis, dengan lima mangsa yang terselamat stabil selepas dibawa keluar dari laut yang bergelora.

Tentera menghantar dua pesawat tentera udara dan sebuah kapal perang tentera laut untuk membantu usaha mencari.

Ribut itu bergerak ke selatan dan melanda Auckland pagi tadi, dengan hujan 76.8 milimeter dalam sejam di bandar itu, angka kedua tertinggi bagi setiap jam yang direkodkan dekat Auckland, kata peramal cuaca rasmi Metservice.

Metservice berkata, kluster enam ribut petir sedang menuju ke selatan dan dijangka tiba ke bandar Hamilton petang ini.

"Ia dijangka disertai hujan lebat dan tiupan angin kencang," katanya sambil memberi amaran dan menggesa supaya penduduk berlindung di dalam rumah.

Beberapa lebuh raya terputus hubungan, manakala sekolah ditutup selepas kelas ditenggelami bah dan perkhidmatan feri dihentikan ketika banjir besar. - AFP

Berita Harian X