Isnin, 21 Februari 2022 | 1:54pm
Anggota penyelamat melakukan kerja SAR dalam kejadian tanah runtuh di Petropolis, Brazil akibat hujan lebat. - Foto Agensi
Anggota penyelamat melakukan kerja SAR dalam kejadian tanah runtuh di Petropolis, Brazil akibat hujan lebat. - Foto Agensi

Jumlah korban tanah runtuh di Brazil meningkat kepada 152

SAO PAULO: Jumlah korban akibat tanah runtuh di Petropolis, Brazil meningkat kepada 152 orang, manakala 165 lagi masih hilang, menurut agensi pertahanan awam tempatan semalam, lapor Xinhua.

Lebih 500 anggota bomba terbabit dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) dengan dibantu kira-kira 40 anjing pengesan.

Operasi SAR di Morro da Oficina itu turut dibantu penduduk tempatan, menyaksikan sekurang-kurangnya 80 rumah musnah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Gabenor Rio de Janeiro, Claudio Castro berkata, hujan pada Selasa adalah yang terburuk pernah berlaku di bandar itu sejak 1932. - BERNAMA

Berita Harian X