Khamis, 10 Februari 2022 | 6:42am
Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP
Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP

Kumpulan anti-vaksin, polis bertempur

WELLINGTON: Polis New Zealand menahan individu yang berkumpul dan berkhemah di luar bangunan Parlimen bagi membantah pelaksanaan mandat vaksin COVID-19 sejak tiga hari lalu.

Ratusan penunjuk perasaan menyekat jalan berhampiran Parlimen di bandar raya ini dengan trak, campervan, kereta dan motosikal mereka.

Mereka yang 'konvoi untuk kebebasan' tiba dari seluruh New Zealand kelmarin, dan berkumpul di luar bangunan Parlimen, yang dipanggil Beehive.

Penunjuk perasaan turut berkhemah di halaman luar Parlimen sejak dua malam terakhir.

Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP
Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP

Namun, polis mula mengambil tindakan menahan beberapa orang selepas Speaker Parlimen, Trevor Mallard mengarahkan mereka bersurai dan membuka khemah masing-masing serta beredar daripada halaman Parlimen, lapor New Zealand Herald.

Pegawai dilihat membawa keluar ramai penunjuk perasaan dan menggunakan pembesar suara memberi amaran kepada mereka untuk menurunkan khemah mereka, menurut rakaman di media sosial.

New Zealand meletakkan beberapa sekatan paling ketat selama dua tahun terakhir untuk menangani pandemik COVID-19 yang telah membantu mengekalkan jangkitan dan kematian lebih rendah berbanding negara lain.

Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP
Anggota polis menghalang penunjuk perasaan yang berkumpul di bangunan Parlimen di Wellington. - Foto AFP

Negara yang memiliki seramai lima juta penduduk itu hanya mencatatkan lebih 18,000 kes dengan 53 kematian sejak wabak itu dua tahun lalu.

Pelaksanaan sekatan pergerakan itu mengecewakan ramai rakyatnya yang menghadapi pengasingan dan peraturan penjarakan sosial yang ketat. Dengan sempadan masih ditutup, puluhan ribu ekspatriat New Zealand terputus hubungan keluarga manakala perniagaan pelancongan bergelut untuk terus bertahan. - AFP

Berita Harian X