Khamis, 3 Februari 2022 | 9:50am
Perdana Menteri, Jacinda Ardern. - Foto Google
Perdana Menteri, Jacinda Ardern. - Foto Google

New Zealand umum fasa pembukaan semula sempadan - Arden

WELLINGTON: New Zealand hari ini mengumumkan fasa pembukaan semula sempadannya yang keseluruhannya ditutup selama dua tahun.

Menurut penggiat industri pengembaraan dan penerbangan, langkah itu sememangnya diperlukan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan negara pulau Pasifik itu yang terjejas teruk.

Mulai 27 Februari, warga New Zealand sudah divaksin di Australia boleh boleh melakukan perjalanan tanpa perlu dikuarantin. Sementara warganya di negara lain boleh berbuat demikian dua minggu lagi, umum Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

Beliau berkata, bagi pengembara asing dan buruh mahir yang sudah meneriam pelalian itu akan turut akan dibenarkan memasuki negara itu bermula 13 Mac ini.

New Zealand juga akan membenarkan seramai 5,000 pelajar antarabangsa memasuki negara itu bermula 12 April ini.

Bagaimanapun, Ardern berkata semua pengembara masih tertakluk kepada arahan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Pelancong dari Australia dan negara bebas visa lain bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki negara itu sehingga Julai serta pengembara dari negara lain juga tertakluk kepada arahan sama sehingga Oktober ini dan mereka dikehendaki kuarantin kendiri setibanya di negara itu.

Ardern berkata, pembukaan sempadan secara berperingkat dan dalam keadaan terurus membolehkan orang bertemu kembali dan membantu mengisi kekurangan tenaga buruh selain memastikan sistem penjagaan kesihatan dapat menguruskan peningkatan kes.

"Strategi kami terhadap jangkitan COVID-19 varian Omicron adalah untuk memperlahankan penularan dan sempadan kami antara sebahagian usaha itu," katanya merujuk varian paling menular yang ketika ini dominan seluruh dunia.

New Zealand antara negara yang paling ketat mengawal sempadan di dunia, sebagai usaha kerajaan untuk mengekang perebakan COVID-19.

Warga asing dilarang memasuki negara itu dan warganya mencari kaedah berbuat demikian sama ada membuat permohonan kecemasan kepada kerajaan atau mendapatkan tempat di fasiliti kuarantin negara yang dipanggil MIQ melalui laman web.

Peraturan itu bagaimanapun membantu negara yang memiliki populasi seramai lima juta orang itu merekodkan sekitar 17,000 kes positif dan 53 kematian setakat ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Lapangan Terbang, Kevin Ward, berkata keperluan kuarantin kendiri akan mengekang penularan COVID-19 sekali gus membantu pemulihan sektor pelancongan.

"Orang tidak mahu melakukan penerbangan ke New Zealand kerana mereka perlu menghabiskan seminggu pertama duduk di hotel," katanya.

Menurut persatuan itu, analisis dijalankan Lapangan Terbang Auckland menunjukkan permintaan pasaran pengunjung Australia dijangka sekitar tujuh peratus pada 2019, jika arahan kuarantin kendiri kekal dikuatkuasakan. - REUTERS

Berita Harian X