HONG KONG: Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan satu kawasan yang terletak 219 kilometer (km) barat laut dari Pangai, Tonga pada 6:40 pagi waktu tempatan hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Menurut Xinhua, pusat gempa dengan kedalaman 14.5 km, ditentukan pada 19.1419 darjah selatan dan 176.3218 darjah barat. - BERNAMA