Selasa, 29 September 2020 | 8:53am
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP

120 juta ujian virus pantas untuk negara miskin - WHO

GENEVA: Sebanyak 120 juta ujian pantas bagi COVID-19 akan disediakan bagi negara miskin pada harga AS$5 setiap satu (RM20) jika badan itu dapat mencari dana, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO berkata, skim bernilai AS$600 juta (RM2.5 bilion) itu akan membolehkan negara berpendapatan rendah dan sederhana menutup jurang besar bagi ujian COVID-19, yang kini membunuh lebih sejuta orang sejak pertama kali direkodkan di China pada Disember lalu.

Alat ujian pantas yang akan diedarkan di 133 negara dalam tempoh enam bulan akan datang, tidak setepat ujian swab PCR yang biasa, namun jauh lebih pantas, murah dan mudah dilakukan.

"Kami mempunyai perjanjian, kami mempunyai pendanaan dan kini, kami memerlukan sejumlah dana untuk membeli alat ujian ini," kata ketua pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media secara maya.

Minggu lalu, WHO mengeluarkan senarai penggunaan kecemasan yang pertama bagi ujian diagnostik pantas (RDT) berdasarkan antigen yang berkualiti tinggi, dengan yang lain akan menurutinya.

"Sebilangan besar ujian pantas ini, iaitu 120 juta akan disediakan untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana," kata Tedros.

Ujian itu memberikan keputusan yang dipercayai dalam masa kira-kira 15 ke 30 minit, berbanding berjam-jam atau berhari-hari, pada harga yang lebih rendah, dengan peralatan yang kurang canggih.

Ia akan membolehkan peningkatan ujian, terutama di kawasan yang sukar dicapai, di mana ia tidak mempunyai kemudahan makmal atau pekerja kesihatan terlatih yang mencukupi untuk melakukan ujian PCR.

The Global Fund to Fight AIDS, Tuberculosis and Malaria, which is co-convening the WHO-led pooled global search for Covid-19 diagnostics, is putting in $50 million from its Covid-19 response pot.

Dana Global untuk memerangi AIDS, batuk kering dan malaria, yang sama seperti dana global bagi pencarian untuk diagnostik COVID-19 yang diterajui WHO, memperuntukkan AS$50 juta (RM208.3 juta) daripada dana untuk tindak balas COVID-19.

Pengarah eksekutif Dana Global, Peter Sand, berkata RDT bukan jalan penyelesaian tetapi menjadi pelengkap yang sangat berharga untuk ujian PCR.

"Walaupun ia agak kurang tepat, ia lebih cepat, murah dan tidak memerlukan makmal.

"Ini akan membolehkan negara berpendapatan rendah dan sederhana mula menutup jurang dramatik dalam ujian," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X