Rabu, 20 Mei 2020 | 11:17am
Orang ramai menikmati hari yang cerah di hadapan Hotel Des Invalides di Paris etika Perancis mengurangkan langkah-langkah penutupan yang diambil untuk mengekang penyebaran penyakit COVID-19 yang disebabkan oleh novel coronavirus. - Foto AFP
Orang ramai menikmati hari yang cerah di hadapan Hotel Des Invalides di Paris etika Perancis mengurangkan langkah-langkah penutupan yang diambil untuk mengekang penyebaran penyakit COVID-19 yang disebabkan oleh novel coronavirus. - Foto AFP

COVID-19: Ketua PBB puji usaha Afrika cegah virus

PARIS: PARIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mahu negara membangun belajar daripada daripada langkah-langkah pencegahan yang diambil kebanyakan negara Afrika untuk membendung penularan COVID-19.

"COVID-19 mencatat penularan perlahan (di Afrika) berbanding jangkaan yang dibuat pada awal krisis," katanya dalam satu temubual dengan radio RFL di Perancis.

Guterres berkata, terima kasih khususnya kepada kebanyakan kerajaan Afrika dan organisasi yang mengambil langkah pencegahan yang sangat berani, sekali gus memberi pengajaran kepada negara membangun yang tidak melakukannya.

Terdapat kurang 3,000 kematian daripada 88,000 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di seluruh benua Afrika, jumlah yang secara relatif rendah berbanding lebih 320,000 kematian di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Guterres juga meminta pelonggaran pembayaran hutang yang lebih teratur untuk negara paling miskin.

Bulan lalu, negara anggota G20 dan negara pemiutang Paris Club bersetuju untuk mengecualikan sebahagian besar pembayaran hutang untuk negara termiskin dunia pada tahun ini susulan krisis pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Guterres menegaskan langkah berkenaan masih tidak mencukupi.

"Kita perlu menyediakan pelepasan hutang tersasar dan pendekatan yang lebih komprehensif serta lebih berstruktur untuk mengelak segala kos di masa hadapan termasuk muflis yang boleh menyebabkan kemurungan di peringkat global," katanya.

Sejumlah 41 negara Afrika terbabit dan semalam, Mali menjadi negara pertama mengambil moratorium pembayaran hutang daripada Paris Club, demikian menurut sumber Kementerian Kewangan Perancis. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X