Rabu, 13 Mei 2020 | 10:42am
GEMPA bumi di Kepulauan Santa Cruz.(Foto/Agensi)
GEMPA bumi di Kepulauan Santa Cruz.(Foto/Agensi)

Gempa bumi kuat di Kepulauan Santa Cruz

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richter dilapor melanda Kepulauan Santa Cruz pada pukul 6.41 pagi (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 182 kilometer (km) tenggara dari Lata, Kepulauan Solomon pada kedalaman 130 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Berita Harian X