Ahad, 19 April 2020 | 7:45am
Penghuni apartmen menonton persembahan Sotto lo Stesso Cielo (Di bawah Langit yang Sama) di San Basilio dekat Rom ketika perintah berkurung akibat wabak COVID-19. Foto AFP)
Penghuni apartmen menonton persembahan Sotto lo Stesso Cielo (Di bawah Langit yang Sama) di San Basilio dekat Rom ketika perintah berkurung akibat wabak COVID-19. Foto AFP)

COVID-19: 157,539 maut sehingga semalam

PARIS: Angka kematian dunia akibat wabak COVID-19 terus melonjak kepada 157,539 orang semalam, menurut jumlah angka rasmi sehingga 7 petang semalam.

Lebih daripada 2,289,500 kes dilaporkan di 193 negara dan wilayah sejak virus itu mula dikesan di China hujung Disember lalu.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 502,600 pesakit sudah sembuh.

Data dan maklumat rasmi daripada pihak berkuasa kebangsaan dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah jangkitan sebenar, berikutan banyak kebanyakan negara menjalankan ujian ke atas pesakit bergejala serius.

Di Amerika Syarikat iaitu negara yang paling teruk terjejas merekodkan 37,659 kematian dengan 716,883 kes jangkitan dan setakat ini, sekurang-kurangnya 59,984 daripadanya sudah sembuh.

Ini diikuti Itali dengan 23,277 kematian dan 175,925 kes, Sepanyol 20,043 kematian dan 191,726 kes, Perancis 19,323 kematian dan 151,793 kes dan Britain 15,464 kematian dan 114,217 kes.

Di China pula tidak termasuk Hong Kong dan Macau sehingga semalam mengisytiharkan 4,632 kematian dan 82,719 kes.

Benua Eropah mencatatkan 1,136,742 kes dan 100,505 kematian terkini, sementara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada merekodkan 750,063 kes dengan 39,165 kematian.

Di Asia pula sehingga semalam, mencatatkan 160,468 kes dengan 6,882 kematian, Asia Barat 121,378 kes dengan 5,465 kematian, Amerika Latin dan Caribbean merekodkan 92,445 kes dengan 4,384 kematian, Afrika 20,577 kes dengan 1,052 kematian dan Oceania 7,835 kes dengan 86 kematian. - AFP

Berita Harian X