Jumaat, 10 April 2020 | 8:09pm
Jumlah keseluruhan maut akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat kepada 93,706 kes, setakat jam 7 malam semalam. - Foto AFP
Jumlah keseluruhan maut akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat kepada 93,706 kes, setakat jam 7 malam semalam. - Foto AFP

COVID-19: Lebih 93,000 maut seluruh dunia

PARIS: Jumlah keseluruhan maut akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat kepada 93,706 kes, setakat jam 7 malam semalam, berdasarkan data dikumpul oleh AFP.

Lebih 1,567,590 kes sah seperti diisytiharkan di 192 negara dan wilayah sejak wabak itu mula merebak di China pada Disember lalu.

Daripada angka itu, kira-kira 316,800 kes sudah pulih.

Itali yang merekodkan kematian pertama pada hujung Februari lalu, kini menyaksikan negara itu mencatatkan paling ramai kematian sebanyak 18,279 kes daripada 143,626 kes jangkitan.

Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) pula berada di kedudukan kedua dengan merekodkan dari 15,938 kes kematian daripada 451,491 kes jangkitan, sekali gus menjadikan negara Uncle Sam itu memiliki kes paling tinggi di dunia.

Sepanyol pula merekodkan 15,238 kematian daripada 152,446 kes kematian.

Ini disusuli Perancis yang merekodkan 12,210 kematian dan 117,749 kes jangkitan, diikuti Britain dengan 7,978 kematian dan 65,077 kes.

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau setakat ini merekodkan 3,335 kematian, 81,865 kes dan 77,370 kes pulih.

Setakat jam 7 malam kelmarin, Somalia dan Dijbouti mengumumkan kematian pertama akibat COVID-19 di negara berkenaan.

Eropah menyenaraikan 811,723 kes dan 65,811 kematian. AS dan Kanada mencatatkan 472,184 kes dan 16,464 kematian. Ini disusuli Asia dengan 128,690 kes dan 4,515 kematian.

Di Asia Barat pula, benua itu merekodkan 88,985 kes dan 4,357 kes. Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean dengan 46,883 kes serta 1,875 kematian.

Sebanyak 11,953 kes direkodkan di Afrika dengan 627 kematian. Oceania merekodkan 7,225 kes dengan 58 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X