Khamis, 26 March 2020 | 9:24pm
Gambar fail, Raja Arab Saudi, Raja Salman. - Foto REUTERS
Gambar fail, Raja Arab Saudi, Raja Salman. - Foto REUTERS

COVID-19: Raja Arab Saudi gesa tindak balas berkesan G20

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman hari ini mendesak pemimpin Kumpulan 20 (G20) supaya mengambil langkah "berkesan dan diselaras" untuk memerangi krisis global yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19, serta menyeru mereka untuk membantu negara-negara membangun.

"Kita mesti mempunyai tindak balas yang berkesan dan diselaras terhadap pandemik ini dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi global," kata Raja Salman dalam ucapan pembukaannya ketika pemimpin G20 memulakan sidang kemuncak kecemasan dalam talian.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu negara-negara membangun dan negara-negara yang kurang membangun untuk membolehkan mereka membina kapasiti dan memperbaiki infrastruktur mereka untuk mengatasi krisis ini dan akibatnya," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X