Isnin, 2 September 2019 | 6:04pm
PAPUA New Guinea menutup pulau kem pelarian. - Foto AFP

Papua New Guinea tamat kontrak syarikat pengendali kem pelarian

PORT MORESBY: Papua New Guinea menutup pulau kem pelarian yang sinonim dengan kritikan kerana dasar imigresen Australia, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Kementerian Imigresen dan Keselamatan Sempadan mengumumkan penamatan kontrak syarikat yang mengendalikan urusan kem di Pulau Manus.

Kementerian itu menyifatkan, tamatnya khidmat Paladin Holdings sebagai pengendali keselamatan dan perkhidmatan lain adalah ‘sebagai pencapaian paling penting dalam proses menamatkan perkhidmatan di Wilayah Manus.

Sejak lebih dua dekad, Australia menempatkan pendatang ke negara itu, termasuk pencari suaka, di beberapa pusat tahanan pesisir di Pulau Manus, Nauru dan Christmas.

Semua kem terbabit mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi dilindungi oleh Australia, disebabkan beberapa kejadian, tahanan melakukan mogok lapar dan cubaan bunuh diri.

Menurut kementerian, baki 64 orang pendatang yang berada di pulau itu akan dipindahkan ke Port Moresby atau ditempatkan di kediaman baharu di luar negara.

Sebuah syarikat tempatan bakal diberikan kontrak untuk menguruskan sementara dan beberapa kemudahan sedia akan bakal dijadikan pusat pendidikan. - AFP

Berita Harian X