Isnin, 18 March 2019 | 12:25pm
BRENTON Tarrant ketika hadir di mahkamah. - Foto AFP
BRENTON Tarrant ketika hadir di mahkamah. - Foto AFP

Penyerang enggan diwakili peguam

CHRISTCHURCH, New Zealand: Penyerang rakyat Australia yang didakwa membunuh 50 orang dalam kejadian serangan di dua buah masjid di New Zealand tidak mahu menggunakan khidmat guaman, kata peguam yang dilantik mahkamah, hari ini.

Brenton Tarrant didakwa membunuh dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch pada Sabtu lalu selepas melakukan tembakan di hadapan sebuah masjid pada waktu solat Jumaat.

Peguam dilantik, Richard Peters yang mewakili Tarrant ketika sebutan awal kes memberitahu AFP, lelaki berusia 28 tahun itu menegaskan dia tidak mahu diwakili peguam.

“Dia mahu membela diri sendiri,” kata Peters. - AFP

Berita Harian X