Isnin, 19 March 2018 | 8:28am

Eliakim landa Madagascar, 17 maut

ANTANANARIVO: Ribut tropika kuat yang melanda Madagascar mengorbankan 17 orang dan menjejaskan ribuan yang lain, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam.

Ribut Eliakim yang membawa kekuatan angin sehingga 105 kilometer sejam selepas membadai pulau di timur laut Lautan Hindi itu Jumaat lalu dan melanda pantai timur.

Angka kematian diumumkan pejabat pengurusan bencana negara itu, yang juga menyatakan 15,000 lagi terjejas akibat ribut berkenaan.

Madagascar, antara negara paling miskin, dilanda 40 taufan dan ribut tropika sejak 10 tahun lalu.

Januari lalu, taufan Ava meragut 51 nyawa dan Mac lalu, sekurang-kurangnya 78 maut selepas kepulauan itu dilanda taufan Enawo. - AFP

Berita Harian X