Isnin, 16 Oktober 2017 | 7:24am
SEKURANG-KURANGNYA 24 anggota militan dan enam tentera terbunuh dalam serangan ke atas pos kawalan tentera di utara Sinai.- Foto fail AP
SEKURANG-KURANGNYA 24 anggota militan dan enam tentera terbunuh dalam serangan ke atas pos kawalan tentera di utara Sinai.- Foto fail AP

30 anggota militan, tentera maut di Mesir

ISMAILIA: Sekurang-kurangnya 24 anggota militan dan enam tentera terbunuh dalam serangan ke atas pos kawalan tentera di utara Sinai.

Bagaimanapun, tentera Mesir dalam kenyataannya tidak mendedahkan maklumat lengkap kejadian itu.

Namun, sumber keselamatan dan perubatan berkata, kira-kira 20 anggota keselamatan dilaporkan cedera, selepas serangan bertubi-tubi daripada lebih 100 anggota militan terhadap pos keselamatan di selatan bandar Sheikh Zuweid.

Menurut sumber, penyerang menggunakan bom kereta dan Roket Pelancar Grenad (RPG), selain turut bertempur dengan pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Daesh mendakwa menyerang pasukan keselamatan di Semenanjung Sinai yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam anggota tentera. - Reuters

Berita Harian X