Isnin, 5 Disember 2022 | 8:39pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Penyerang guna pisau dekat sekolah cederakan dua kanak-kanak

BERLIN: Dua kanak-kanak perempuan cedera selepas diserang ketika dalam perjalanan ke sekolah di barat daya Jerman padi tadi, kata jurucakap polis, mengesahkan laporan akhbar harian negara itu, Bild.

Bagaimanapun, jurucakap berkenaan tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai serangan itu, yang berlaku di Illerkirchberg, sebuah pekan dengan sekitar 5,000 penduduk di barat Munich.

Menurut laporan awal Bild, penyerang menggunakan pisau.

Jurucakap polis di bandar Ulm, Wolfgang Juergens, berkata selepas tiba di lokasi jenayah dan merawat dua kanak-kanak perempuan yang cedera parah itu, polis mendapat tahu suspek melarikan diri ke bangunan bersebelahan.

"Orang di dalam bangunan berkenaan sudah ditahan," katanya tanpa menjelaskan berapa ramai yang ditahan atau sama ada suspek salah seorang daripada mereka.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan semua maklumat akan diketahui dalam masa terdekat. - REUTERS

Berita Harian X