Sabtu, 30 Julai 2022 | 8:43pm
Russia hari ini mengumumkan ia melarang 32 pegawai dan wartawan New Zealand daripada memasuki wilayahnya, sebagai tindak balas kepada langkah serupa yang diambil oleh Wellington terhadap Moscow berhubung serangannya di Ukraine. - Foto AGENSI

32 pegawai, wartawan New Zealand dilarang masuk Russia

MOSCOW: Russia hari ini melarang 32 pegawai dan wartawan New Zealand daripada memasuki wilayahnya, sebagai tindak balas kepada langkah serupa diambil Wellington terhadap Moscow berhubung serangannya di Ukraine.

Kementerian Luar Russia dalam kenyataan berkata, antara disekat ialah Datuk Bandar Wellington, Andrew Foster; Datuk Bandar Auckland, Philip Goff; Komander Tentera Laut New Zealand, Garin Golding dan wartawan Kate Green serta Josie Pagani.

Keputusan itu katanya diambil 'sebagai tindak balas terhadap sekatan Kerajaan New Zealand yang semakin menjejaskan warga Russia'.

Campur tangan Russia di Ukraine pada Februari lalu, mencetuskan sekatan Barat yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan Moscow sudah bertindak balas terhadap langkah sama.

Pada April lalu, Russia melarang Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan sebilangan besar ahli politik daripada memasuki wilayahnya. - AFP

Berita Harian X