Jumaat, 1 Julai 2022 | 2:42pm
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berucap menerusi sidang video pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, Sepanyol. - Foto AFP
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berucap menerusi sidang video pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Madrid, Sepanyol. - Foto AFP

Ukraina minta NATO sumbangkan AS$5 bilion sebulan

KYIV: Ukraine meminta negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberi sumbangan bulanan AS$5 bilion (RM22 bilion) bagi menampung defisit ekonomi negara itu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, berkata NATO perlu membantu Ukraine memenangi perang menentang Russia atau berisiko berperang dengan Moscow pada masa hadapan.

Beliau membuat kenyataan itu ketika berucap pada sidang kemuncak NATO di Madrid, Sepanyol melalui sidang video.

"Terdapat dua pilihan dalam keadaan sekarang iaitu menghulurkan bantuan mencukupi pada kadar bagi membantu Ukraine mencapai kemenangan atau menghadapi perang tertunda antara Russia dengan anda (blok Barat)," katanya.

Zelensky turut memaklumkan bahawa Ukraine memerlukan kedua-dua bantuan ketenteraan dan kewangan dengan jumlah AS$5 bilion sebulan daripada NATO.

Menurutnya, kedua-dua bantuan kewangan adalah sama penting dan NATO menyedari bahawa bayaran bulanan itu adalah wajar serta munasabah.

"Hanya ini caranya untuk menamatkan perang dengan Kremlin dan ia menerusi sokongan penuh daripada seluruh komuniti Euro-Atlantik.

"Selepas konflik berakhir, Ukraine perlu diberi jaminan menganggotai kelompok Barat dan tidak lagi dilabel sebagai negara dalam 'zon kelabu' antara Russia dan NATO," tegas Zelensky.

Russia menghantar pasukan tentera menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu dengan alasan Kiev gagal melaksanakan perjanjian Minsk untuk mengiktiraf status istimewa wilayah Donetsk dan Lugansk. - AGENSI

Berita Harian X