Ahad, 5 Jun 2022 | 7:59am
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

Mercedes panggil balik lebih sejuta kenderaan model lama

BERLIN: Pembuat kereta Jerman, Mercedes-Benz, memanggil balik hampir sejuta kenderaan model lama keluarannya di seluruh dunia selepas masalah dikesan pada sistem brek, kata pihak berkuasa pengangkutan persekutuan (KBA).

KBA, dalam satu kenyataan bertarikh 1 Jun yang disiarkan media Jerman lewat semalam, berkata kereta berkenaan adalah yang dibuat antara 2004 dan 2015, jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada siri ML, GL dan minivan mewah R-Class.

"Hakisan pada pemacu brek, dalam kes terburuk, boleh menjejaskan sambungan antara pedal brek dan sistem brek, menyebabkan fungsi brek terhenti," kata KBA.

Menurut KBA, 993,407 kenderaan terpaksa dipanggil balik di seluruh dunia termasuk sekitar 70,000 di Jerman.

Mercedes-Benz tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mereka. - AFP

Berita Harian X