OSLO: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya empat cedera ditikam dalam serangan rambang di Numedal di tenggara Norway dengan seorang daripadanya parah.
Seorang saksi memberitahu NRK News, beliau melihat dua ambulans dan tiga helikopter ambulans di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba, Kai Redalen, berkata suspek sudah ditahan polis.
pihak berkuasa menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dan suspek berjaya ditahan kira-kira 15 minit kemudian.
Serangan itu disifatkan sebagai keganasan yang mengancam nyawa.
"Saya boleh mengesahkan bahawa suspek berjaya ditahan," kata seorang jurucakap polis. - AGENSI