MOSCOW: Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov hari ini berkata, tidak ada pergerakan dalam rundingan damai dengan Ukraine, dan Kyiv menunjukkan keengganan untuk meneruskannya.
"Rundingan tidak berjalan dan kami perhatikan keengganan sepenuhnya perunding Ukraine untuk meneruskan proses ini," kata Peskov.
Semalam, agensi berita Interfax memetik Timbalan Menteri Luar Russia, Andrey Rudenko sebagai berkata bahawa Russia dan Ukraine tidak mengadakan rundingan 'dalam sebarang bentuk', dan bahawa Kyiv telah 'secara praktikal menarik diri daripada proses rundingan'. - REUTERS