Jumaat, 6 Mei 2022 | 9:12pm
Warga pesara menunggu bagi menerima pencen daripada van pos yang berani meredah medan perang untuk sampai ke Maykay, timur Ukraine, diiring bunyi bedilan mortar. Foto AFP
Warga pesara menunggu bagi menerima pencen daripada van pos yang berani meredah medan perang untuk sampai ke Maykay, timur Ukraine, diiring bunyi bedilan mortar. Foto AFP

Tentera Russia cuba serang bandar utama timur Ukraine

KYIV: Tentera Russia hampir mengepung dan cuba menyerang Severodonetsk, iaitu bandar di utara Ukraine yang dikuasai oleh Kyiv.

Menurut ketua pentadbiran ketenteraan Severodonetsk, Oleksandr Striuk, bandar itu hampir dikelilingi oleh tentera Russia dan pasukan pemisah, Republik Rakyat Lugansk.

"Mereka cuba menyerang bandar melalui perkampungan berdekatan," katanya.

Penawanan Severodonetsk bakal menjadi keuntungan terbesar bagi tentera Russia yang cuba menumpukan semula usahanya bagi menawan seluruh wilayah timur Donbas.

Katanya, tentera Ukraine setakat ini berjaya menangkis serangan berkenaan, namun pasukan Russia terus mendesak.

"Bandar itu masih bertahan, namun, dapat dirasakan bahawa mereka sedang cuba menembusi benteng pertahanan.

Striuk berkata kira-kira 15,000 orang kekal di Severodonetsk, yang mempunyai penduduk sekitar 100,000 orang sebelum perang.

"Kadar pemindahan sangat perlahan, kira-kira 10 orang sehari berjaya dipujuk untuk pindah," katanya.

Pihak berkuasa wilayah selama berminggu-minggu menggesa penduduk untuk meninggalkan bandar mereka, iaitu hab perindustrian di wilayah Lugansk, Ukraine.

Ia dipisahkan oleh sungai Donetsk dengan Lysychansk yang berhampiran.

Kedua-dua bandar adalah sasaran utama bagi kemaraan tentera Russia. - AFP

Berita Harian X