MOSCOW: Rundingan Russia dengan Ukraine yang 'bermusuhan' bukanlah mudah, tetapi perkara utama ialah ia perlu diteruskan, agensi berita RIA memetik jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov.
"Ukraine adalah negara yang sangat sukar, sangat sukar bagi kami. Dalam keadaan sekarang ia memusuhi kami," agensi memetiknya sebagai memberitahu televisyen Belarus.
Russia dan Ukraine sudah mengadakan beberapa pusingan rundingan damai, di Turki dan melalui beberapa sidang video.
"Perkara utama ialah rundingan diteruskan, sama ada di Istanbul atau di tempat lain," kata Peskov, sambil menambah bahawa rundingan itu "tidak mudah."
Russia ingin meneruskan perbincangan di negara jiran Belarus tetapi Kyiv menentang idea itu, katanya.
Peskov berkata, Moscow melancarkan pencerobohan untuk 'menyelamatkan' dua wilayah timur yang dirampas oleh pemisah yang disokong Russia pada 2014 dan berkata beliau percaya bahawa bahasa Russia akan dikembalikan ke tempat yang sepatutnya di negara itu.
Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, operasi khas Russia di Ukraine diperlukan untuk melindungi 'mereka yang dibuli dan pembunuhan beramai-ramai', merujuk mereka yang bahasa pertamanya adalah bahasa Russia.
Ukraine bagaimanapun menolak sebagai tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai. - REUTERS