Jumaat, 25 March 2022 | 1:10pm
(Gambar fail) Tangki minyak di Russia. - FOTO REUTERS
(Gambar fail) Tangki minyak di Russia. - FOTO REUTERS

Russia pertimbang terima bayaran mata wang tempatan, Bitcoin

MOSCOW: Russia mempertimbangkan untuk menerima mata wang tempatan ataupun Bitcoin sebagai kaedah bayaran bagi eksport minyak dan gasnya, menurut seorang pegawai, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Duma, Pavel Zavalny, berkata Russia bersedia untuk lebih fleksibel mengenai kaedah pembayaran, terutama dengan negara seperti Turki dan China.

"Kami telah mencadangkan kepada China supaya beralih kepada mata wang ruble dan yuan. Sementara itu, mata wang lira dan ruble akan digunakan apabila berurusan dengan Turki.

"Anda juga boleh membayar dengan menggunakan Bitcoin," katanya.

Beliau berkata negara yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow, juga boleh membeli gas asli menggunakan emas, lapor Agensi Anadolu.

Mengulas keputusan Moscow mahu negara lain menggunakan ruble untuk membeli minyak dan gas, beliau menjelaskan, urusan penjualan gas asli dalam dolar atau euro menghadapi masalah akibat sekatan

Krisis Russia dan Ukraine sejak 24 Februari lalu telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menghentikan operasi di Russia. – BERNAMA

Berita Harian X