Isnin, 21 March 2022 | 8:00am
Gambar hiasan. - Foto REUTERS
Gambar hiasan. - Foto REUTERS

Tragedi kapal bawa PATI karam di Tunisia, kematian meningkat

TUNIS: Pertubuhan Antarabangsa untuk Migran (IOM) semalam melaporkan kematian pendatang asing tanpa izin (PATI) kapal mereka karam di perairan Tunisia meningkat kepada 25.

Dalam pada itu, 35 lagi PATI dalam bot yang sama dikhuatiri turut lemas ketika cuba menyeberangi lautan Mediterranean untuk menyeludup masuk ke Itali Jumaat lalu.

Difahamkan, kapal malang itu membawa 60 penumpang, kebanyakannya warga from Syria dan Tunisia.

Seorang pegawai perlindungan awam berkata, 25 mayat yang ditemui di pesisir luar pantai Nabeul kebanyakannya adalah pendatang dari Syria atau Tunisia dan pencarian masih lagi dijalankan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai mangsa yang lemas ditemui terdampar di pantai Tunisia, dengan peningkatan kekerapan percubaan menyeberang ke Eropah dari Tunisia dan Libya menuju ke Itali.

Ratusan ribu orang sudah menyeberangi Laut Mediterranean yang berbahaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan mereka melarikan diri dari konflik dan kemiskinan di Afrika serta Timur Tengah.

Itali adalah antara laluan pendatang utama ke Eropah yang semakin kurang digunakan sejak beberapa tahun lalu tetapi kembali meningkat sejak 2021. - REUTERS

Berita Harian X