Ahad, 13 March 2022 | 6:08pm
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg. - Foto REUTERS
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg. - Foto REUTERS

Ketua NATO berkata Russia mungkin menggunakan senjata kimia

BERLIN: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, menyatakan bahawa Russia mungkin menggunakan senjata kimia berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine dan ini satu daripada jenayah perang, menurut wawancara dalam akhbar Jerman Welt am Sonntag.

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kami telah mendengar dakwaan tidak masuk akal mengenai makmal senjata kimia dan biologi.

"Sekarang dakwaan palsu ini telah dibuat, kita mesti terus berwaspada kerana kemungkinan Russia sendiri boleh merancang operasi senjata kimia di bawah rekaan pembohongan ini.

"Itu akan menjadi jenayah perang," kata Stoltenberg yang dipetik oleh Welt am Sonntag, sambil menambah bahawa Kremlin mencipta alasan palsu untuk membenarkan apa yang tidak boleh dibenarkan.

Beliau menambah bahawa, walaupun rakyat Ukraine menentang pencerobohan Russia dengan berani, hari-hari mendatang mungkin akan membawa kesukaran yang lebih besar. - REUTERS

Berita Harian X