Sabtu, 12 March 2022 | 4:22pm
Imej satelit yang menunjukkan paparan rumah yang terbakar di bandar Moschun, barat laut Kyiv. - Foto EPA
Imej satelit yang menunjukkan paparan rumah yang terbakar di bandar Moschun, barat laut Kyiv. - Foto EPA

Seluruh Ukraine terus diserang

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, semalam berkata negaranya sudah mencapai 'titik perubahan strategik' dalam perang ketika tentera Russia mengebom bandar di seluruh negara.

Gabenor wilayah Kharkiv, di sempadan Russia memaklumkan, hospital psikiatri diserang dan datuk bandar Kharkiv berkata, kira-kira 50 sekolah di sana mempunyai sudah dimusnahkan.

Russia juga melakukan serangan udara lebih dalam ke barat Ukraine, jauh dari medan perang di utara, timur dan selatan di mana pertempuran berlaku.

Di bandar selatan yang terkepung iaitu Mariupol, majlis perbandaran memaklumkan, sekurang-kurangnya 1,582 orang awam terbunuh akibat tembakan Russia.

Dalam sekatan sejak 12 hari yang lalu, ratusan ribu terperangkap dengan tiada makanan, bekalan air, haba atau elektrik.

Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pelabuhan Laut Hitam itu kini dikepung.

Pegawai Ukraine pula menuduh Russia dengan sengaja menghalang orang awam, keluar dan konvoi kemanusiaan, masuk ke bandar berkenaan.

Satu usaha baharu untuk memindahkan orang awam sepanjang koridor kemanusiaan dari Mariupol nampaknya gagal.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, berkata tembakan Russia menghalang penduduk untuk meninggalkan Mariupol.

Negara Barat pula mengambil lebih banyak langkah ekonomi untuk cuba memaksa Presiden Russia, Vladimir Putin, menghentikan serangannya.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata negara anggota G7 akan 'menarik balik' status Russia sebagai negara yang paling disukai untuk perdagangan.

Beliau juga mengumumkan larangan AS terhadap import Russia membabitkan makanan laut, alkohol dan berlian.

Washington kemudiannya mengenakan sekatan kepada lebih banyak lagi oligarki dan golongan elit Russia.

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang bertemu di Perancis berkata, mereka bersedia untuk mengenakan sekatan ekonomi lebih keras di Russia dan mungkin memberi Ukraine lebih banyak dana untuk senjata.

Bagaimanapun, mereka menolak permintaan Ukraine untuk menyertai blok EU. - REUTERS

Berita Harian X