Isnin, 28 Februari 2022 | 7:46am
Bas membawa pelarian di Poland. - Foto REUTERS
Bas membawa pelarian di Poland. - Foto REUTERS
Pelarian Ukrainian dari Kyiv dibantu sukarelawan di Warsaw, Poland. - Foto EPA
Pelarian Ukrainian dari Kyiv dibantu sukarelawan di Warsaw, Poland. - Foto EPA
Pelarian Ukraine tiba di stesen kereta api Warsaw, Poland. - Foto EPA
Pelarian Ukraine tiba di stesen kereta api Warsaw, Poland. - Foto EPA
Pelarian beberapa negara terutama pelajar univ Ukrainian universiti di Ukraine, memasuki timur Poland. - Foto AFP
Pelarian beberapa negara terutama pelajar univ Ukrainian universiti di Ukraine, memasuki timur Poland. - Foto AFP

Lebih 400,000 rakyat Ukraine jadi pelarian

PARIS: Puluhan ribu rakyat Ukraine meninggalkan negaranya, sejak pencerobohan Russia pada Khamis lalu.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, tindakan akan dipertingkat jika keadaan bertambah buruk dan angka itu bertambah sehingga empat juta orang.

Pesuruhjaya Pengurusan Krisis Kesatuan Eropah, angka itu mungkin mencecah hingga tujuh juta orang.

Kira-kira 196,000 rakyat Ukraine sudah melarikan diri melintasi sempadan Poland, kata pengawal sempadannya, semalam. Pada Jumaat saja, kira-kira 50,000 rakyat Ukraine tiba di Poland.

Kira-kira 90 peratus pelarian ditempatkan secara sementara di kediaman kenalan atau saudara mara, dengan sembilan pusat penerimaan diwujudkan berhampiran sempadan.

Poland sebelum ini sudah menerima kira-kira 1.5 juta rakyat Ukraine, sebelum serangan Russia.

Rakyat seluruh negara itu menawarkan tempat tinggal, wang, pakaian dan pekerjaan kepada mereka yang baru tiba di negaranya.

Menurut kerajaan, seramai 47,000 rakyat Ukraine melintasi Romania sejak Khamis lalu, 22,000 daripadanya menuju ke negara lain.

Warga Romania juga menggunakan media sosial bagi mendapat sumbangan makanan dan pakaian untuk pelarian.

Kira-kira 71,000 pelarian Ukraine menuju ke Hungary sejak pencerobohan itu, kata kementerian dalam negeri negara itu.

Sekurang-kurangnya 70,000 warga Ukraine dilaporkan memasuki Moldova, kata Timbalan Perdana Menteri negara itu.

Perdana Menteri, Natalia Gavrilita melawat sempadan dekat Palanca, tempat khemah dan kemudahan perubatan didirikan.

Lebih daripada 17,600 rakyat Ukraine memasuki Slovakia sejak Khamis, kata UNHCR.

Menteri Dalam Negeri memberitahu, kira-kira 6,514 orang meninggalkan negara itu di antara tengah malam hingga 6 pagi.

Kira-kira 160,000 orang dianggap sebagai pelarian dalam negara di dalam Ukraine.

Pesuruhjaya krisis Kesatuan Eropah (EU) Janez Lenarcic semalam, berkata mereka sedang menyaksikan apa yang boleh menjadi krisis kemanusiaan terbesar di benua Eropah, sejak bertahun-tahun lalu. - AFP

Sukarelawan membantu pelarian Ukraine di Przemysl, Poland. - Foto REUTERS
Sukarelawan membantu pelarian Ukraine di Przemysl, Poland. - Foto REUTERS

Berita Harian X