Selasa, 22 Februari 2022 | 12:01pm
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. - Foto EPA
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. - Foto EPA

Britain hantar sokongan pertahanan ke Ukraine

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berkata negara itu akan menghantar sokongan pertahanan ke Ukraine selepas mendakwa pencerobohan bakal dilakukan oleh Russia dalam tempoh terdekat ini.

Beliau memberitahu rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskiy dalam panggilan antara pemimpin selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengiktiraf dua kawasan pemisah di timur Ukraine.

"Sambil menggariskan kebimbangan besarnya terhadap perkembangan terkini di rantau ini, Perdana Menteri memberitahu Presiden Zelenskiy bahawa dia percaya pencerobohan adalah kemungkinan sebenar dalam beberapa jam dan hari akan datang.

"Beliau memberitahu Presiden Zelenskiy United Kingdom sudah pun membuat sekatan untuk menyasarkan mereka yang terbabit dalam pencabulan integriti wilayah Ukraine serta langkah-langkah itu akan berkuat kuasa esok.

"Perdana Menteri juga berkata beliau akan memberi penghantaran sokongan pertahanan selanjutnya ke Ukraine atas permintaan kerajaan Ukraine," katanya. - Agensi

Berita Harian X