Ahad, 20 Februari 2022 | 8:11am
Anggota bomba terus berusaha memadam kebakaran feri di luar pantai Corfu. - Foto EPA
Anggota bomba terus berusaha memadam kebakaran feri di luar pantai Corfu. - Foto EPA

'Kemungkinan tumpahan' dari feri terbakar

ROM: Pengawal pantai Itali telah mengesan 'kemungkinan tumpahan' dari feri yang masih terbakar di luar pantai Corfu, kata kementerian alam sekitar semalam.

"Euroferry Olympia yang berbendera Itali membawa kira-kira 800 meter padu bahan api dan 23 tan 'barangan berbahaya yang menghakis'," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 12 orang masih hilang dari feri itu, yang terbakar semalaman pada Khamis hingga Jumaat ketika dalam perjalanan dari Greece ke Itali.

'Kemungkinan tumpahan telah disedari' selepas penerbangan oleh pesawat pengawal pantai, kata kementerian yang menukar namanya kepada kementerian peralihan ekologi tahun lalu dan meluaskan bidang kuasanya.

Sebuah kapal pengawal pantai Itali telah pun berada di lokasi yang dilengkapi dengan peranti antipencemaran, tambahnya.

Feri itu secara rasmi membawa 290 orang, kata pemilik kapal itu, Grimaldi Lines.

Punca kebakaran masih belum diketahui. - AFP

Berita Harian X