Isnin, 14 Februari 2022 | 5:30pm
Kereta Polis Perancis kelihatan di luar stesen Gare du Nord, Paris selepas polis membunuh orang yang menyerang mereka dengan pisau di dalam stesen kereta api. - Foto REUTERS
Kereta Polis Perancis kelihatan di luar stesen Gare du Nord, Paris selepas polis membunuh orang yang menyerang mereka dengan pisau di dalam stesen kereta api. - Foto REUTERS

Polis Perancis tembak mati lelaki cuba menyerang dengan pisau

PARIS: Polis hari ini terpaksa menembak mati seorang lelaki yang cuba menyerang mereka dengan pisau di stesen Gare du Nord Paris, kata Menteri Pengangkutan Perancis, Jean-Baptiste Djebbari kepada radio RMC.

Bagaimanapun, menteri itu berkata, kejadian itu tidak dianggap mempunyai kaitan dengan pengganas.

"Orang yang menyerang mereka mati di tempat kejadian," kata Djebbari dengan berkata, dua pegawai polis itu juga mengalami kecederaan ringan.

Gare du Nord ialah salah satu stesen kereta api terbesar di Eropah dan menempatkan perkhidmatan kereta api antarabangsa yang menghubungkan Britain dan Belgium.

Djebarri berkata, kejadian itu juga mengakibatkan gangguan lalu lintas besar hari ini.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dan menjelaskan, tiada orang awam yang cedera.

Djebbari memberitahu Radio RMC bahawa kejadian itu tidak dianggap berkaitan pengganas, dan lelaki yang ditembak mati itu sudah dikenali polis kerana berkeliaran di Gare du Nord.

Jenayah kekerasan dan keganasan adalah antara kebimbangan utama bagi pengundi Perancis, ketika orang ramai mula bersiap sedia untuk keluar mengundi bagi pilihan raya presiden, April ini. - REUTERS

Berita Harian X